Monday, April 16, 2012

we are the champion

Assalamualaikum, hello, hye :)

semalam perlawanan futsal antara f6 sudah pun selamat dilangsungkan. and guess what ? team aku GGFC menang ! johan wey ! Alhamdulillah. mmg tak sangka boleh menang. mula mula nervous sgt nak main. tp bila dah masuk gelanggang tuh, rasa semangat mula datang. disebabkan rasa semangat yg datang tu lah, aku berjaya menyumbangkan satu gol utk GGFC. gol sulung okay. bangga. :)

tak kira lah menang atau kalah, janji kita semua enjoy kann. bg yg tak mengaku kalah and rasa tak puas hti dgn GGFC, tu korang punya pasal. dah rezeki kami. bukan menang event besar besar pon yg korang nk dengki dengki. hadiah pon hamper je. aku boleh bg kalau nk sikit. nanti kempunan pulak. ;D aku cakap mcm tu sebab pagi pagi lg dah kena perli. ayat dia mcm biasalah. 'untunglahh menang'. hmmm, mmg kami untung sgt sgt pun kan ? biasalah, manusia. tak sah kalau tak dengki dengki ni. :)

then, hari ni semua dok datang sekolah macam robot termasuk aku. HAHA. ini semua gara gara futsal semalam. tu lah, sebelum main taknak warm up dulu. berlagak. main bedal je kann. rasakan lahh.

even penat, muka berbelang, seluar koyak and lutut luka, aku tetap enjoy main futsal semalam. thats will be one of the sweet memories in my life. forever and ever :) love u GGFC ! HAHA.


ini lah team GGFC. aku, fae, husna, umi and nisha. ye, aku tau baju aku besar. HAHA. :)

Saturday, April 14, 2012

Assalamualaikum, hello, hye :)

cuti pada hujung minggu diisi dengan aktiviti yg tidak berfaedah dan membuang masa. buku langsung tak dipandang. sebelah mata pon tak. otak langsung tak terfikir pasal study dan test yg bakal dijawab. ape nak jadi pon aku tak tau. makin lama makin teruk. makin lama makin malas. makin lama makin lingkup. sedarlah. 7 bulan itu tak lama. pejam celik pejam celik, dah tiba waktunya. berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian. bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian. ingat itu. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. okay, nasihat utk diri sendiri :)

esok, ada pertandingan futsal f6. okay, tak sabar nak sepak sepak bola. excited gila. GG FC nama group aku. bukan Girls Generation, tapi Green Girls. sebab kami pakai jersey hijau esok. confirm sakit mata korang. HAHA. do the best GG FC ! balun habis habisan. yeahhh. over excited pulak.

esok jugak, aku dapat netbook. takde rasa ape ape pon. biasa je. sebab aku lebih excited nak main futsal esok kot. al maklumlah. first time. hari tu jd pemain simpanan je. chayok, chayok !

hey kau ! kenapa kau tiba tiba muncul balik ha ? aku dah lama lupakan kau tau tak ? tolonglah lupakan aku. aku happy dgn life aku sekarang. bukan aku nk jadi jahat atau kejam, tp ada sebabnye and biar aku je yg tahu. korang tak kan faham.

okay, lupakan. tak payah fikir pasal itu. buang masa. :)

Thursday, April 12, 2012

saya dah lama terima awak dlm hidup saya

Assalamualaikum, hello, hye :)

stoty pasal semalam.

semalam cuti sempena pertabalan agung yg ke 14. Daulat Tuanku. macam biasa, bila cuti sekolah, aku tak boleh duduk diam. ade je plan. aku plan dgn Anum, Wani and Nisha utk pergu Aeon Rawang. last last Nisha tak dapat pergi sbb ade hal. ok, takpe. program tetap diteruskan. tp,kami ganti Nisha tu dgn budak Arau. Anum suruh ajak dye. tak syok kalau kami bertiga je.

dekat Aeon tu, kami ronda ronda je. boleh jadi gila tgk baju baju dekat sana. boleh dikatakan semua kedai kami masuk. kedai baju, kedai kasut, kedai buku. semua kami bedal. HAHA.

budak Arau, thanks sebab belikan baju tu utk saya. saya suka. thanks jugak sbb tolong bawakkan barang barang saya and sabar dgn perangai saya and kawan kawan saya yg gila shopping ni. sory kalau awk rasa bosan semalam.

story pasal hari ini.

pergi sekolah mcm biasa. tp penat. aku memang. bab berjalan laju je. bab sekolah lemah longlai badan aku dibuatnye. tima geo otak aku memang kosong. dah tak boleh nk focus langsung. petang tu katanya ada kelas BM2 dgn cikgu Rusminah. last last kelas cancel sebab kami masuk lambat. act, aku memang malas nk masuk. sengaja je masuk lambat. maaf cikgu.

bila kelas dah cancel, Anum ajak pergi Tmn Millenium. okay, tempat tu pulak dah jadi tempat lepak rasmi bg kami. bukan lepak saja saja, tp tempat utk release tension. dekat situ boleh luahkan apa apa yg terbeban dlm hidup.

tadi online fb then bukak wall budak Arau. macam biasa. kalau online, tak bukak wall dye, tak sah. tiba tiba terbaca salah satu status dye.

' tunggu sampai kau sedia terima aku sepenuhnya as lover, aku selalu tunggu dan tak akan pergi'

aku tak pasti sama ada status tu utk aku ke tak. tp, andai kata status tu utk aku, ini jawapan aku.

saya dah lama sedia utk terima awk dalam hidup saya. terima kasih sebab selalu tunggu saya dan berjanji yg awk tak akan pergi dari saya. saya pegang janji awk tu, and tengok sampai bila janji tu bertahan. saya tau awk kecik hati dgn saya pasal semalam. bukan saya tolak awk atau tak hargai awk. tp, saya belum bersedia nk buat semua tu. saya risau tanggapan org dekat kita kalau kita buat mcm tu. saya harap awk faham. saya syg awk. percayalah. saya harap awk bersabar sampai saya betul betul bersedia. saya cuba jadi yg terbaik utk awk.

Saturday, April 7, 2012

yes, i do love him

Assalamualaikum, hello, hye :)

ape nak story ni ehh ? okay, malam ni nak berjiwang sikit. kalau nak baca, dipersilakan. kalau tak nak and rasa menyampah, please get out.

ehem, semalam jumpa budak Arau yg kini bergelar budak BK semula utk sementara waktu. nanti jadi budak Arau balik. okay, jumpa dekat kfc. macam biasa. tempat rasmi budak budak BK mengisi masa lapang. tapi, bukan kami date berdua je okay. ade 6 stooges and Anum sekali. aku lebih selesa kalau ramai ramai. aku tak kisah and aku harap dye pon tak kisah.

nampak je muka dye petang tu, terus berbunga bunga hati ni. aww, aww. gedik bukan ? aku mmg gedik.
time dekat kfc tu, kami tak dapat nak borak sgt sebab melayan 6 stooges and Anum. well, 6 stooges kalau dah berkumpul, mmg tak hingat dunia. lagi lagi Anum pun ade sekali. ape lg kann. macam kfc tu kami yg punya. aku dgn dye dpt borak sikit sikit je kot. tu pon kena cover cover. segan dengan mereka act.

okay, tak puas lepak dekat kfc, kami gerak pergi KKB pulak. nak pergi Tmn Millenium. tp kali ni, takde 6 stooges. 3 stooges + Anum + him. dekat sana takde org. lagi lah kami buat tmn tu mcm kami yg punya. diorang sibuk dok main tmn lahh, snap snap gambar lahh, gosip gosip lahh. tp aku ? aku dgn dye lahh. nasib lahh diorang memahami. bg chance dekat aku dgn dye. thanks korang. aku dgn dye just borak borak je. aku cerita pasal form 6, dye cerita pasal UiTM Arau. thats all.

bila jumpa dye, rasa lepas rindu yg aku tahan selama 4 bulan yg lepas. even jumpa sekejap, itu sudah cukup. aku just nak tengok muka dye. selalunya dengar suara je, tak nampak muka. biar org nak kata apa. hensem tak hensem, tak penting bg aku. yg penting kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan. aku harap semua tu ade pada dye dan pada diri aku sendiri.

thank you sebab jd org yg saya syg lepas ibu, ayah and family saya. thank you sebab jd kekuatan saya. thank you sebab selalu bg support dekat saya. thank you sebab sentiasa memahami saya. thank you sebab selalu ingat dekat saya walaupun awak jauh beribu batu dari saya. thank you sebab setia dengan saya. thank you sebab hormat saya sebagai seorang perempuan. thank you for everything. saya harap semua tu kekal sampai bila bila. Insyaallah. :)

ya, saya syg awak. tp biar itu jadi rahsia dlm hati saya. awak tak perlu tanya berpa banyak sbb itu tak dpt nk dikira. apa yg penting sekarang ni, pelajaran ! yes, as a student, study have to come first. saya selalu ingat itu, sebab awak yg selalu ingat kan saya tentang itu :)


when you sit with a nice girl for two hours, you think its only a minute. but when you sit on a hot stove for a minute, you think its two hours. thats realitivity.

Thursday, March 29, 2012

no rest time

aduh, masak masak. masak lah kalau macam ni hari hari. minggu ni tiap tiap hari balik lambat. ada je aktiviti. isnin, ada kelas gemilang. mmg confirm lah balik pukul 4 kann. selasa, ada kelas geo. lg sekali balik petang. rabu pulak ade perlawanan bola jaring antara kelab gelanggang dgn padang. aku jd WD. haha. yg sadis nya team gelanggang kalah. mmg padan lah kann. lawan dgn team wakil sekolah derr. mmg mustahil utk menang. tp aku enjoy. puas gelak gelak dgn dorang semua sampai hari ni dtg sekolah batuk batuk and sakit tekak. syok habis. tadi pulak kena jd fasi utk program tahsin solat budak budak petang. okay, budak petang mcm sakai. kurang ajar nye tak payah cakap lah kann. sabar, sabar. esok pulak ada rehearsel utk pelancaran MPP isnin depan. see ? minggu ni mmg pack kann jadual aku. sabtu pulak ada kelas gemilang. ahad ? maybe nak pergi rumah Madam Sab. ada kenduri.

homework banyak yg tergendala. kolokium aku tak siap lg. haihhh, penat penat. tak sabar nak tunggu lower six masuk. biar dorang pulak yg uruskan apa apa aktiviti. upper six just focus dekat study je. okay ?

part ni aku suka. td cikgu ckp bulan Mei ada lawatan ke Perak. mcm biasa, kalau bab bab berjalan ni aku memang excited. even dah pernah pergi masa f1 dulu, tp aku tetap nk pergi jugak. nak rasa pulak pergi dgn kawan kawan f6 and cikgu cikgu f6. Insyaallah.

hey, hey. budak Arau dah kembali jadi budak BK lahh. barulah terasa dye dekat je dgn aku. even sejak dye balik kami tak jumpa lg, tp aku tak kisah sebab aku tahu dye dekat dgn aku. biar dye lepaskan rindu dgn family dye dulu. lg ponn, kita busy lahh minggu ni. takpe, dye dekat sini 2 bulan. nanti nanti boleh jumpa kann. rindu dekat dye. :)

Sunday, March 25, 2012

SMKSM the best

ehem, ehem. now baru ada mood utk kembali mengupdate blog. baru balik kem pengakap kelana dekat SMK Sg. Choh. 2 hari tak mandi. tp tak busuk okay. haha. ada sebab kami tak mandi. sebab sekolah tuh mmg ada problem dgn air. air selalu takde. so, kami tak dapat lah nak mandi. air kena catu. lg pon ramai. tandas yg boleh guna pon 1 je. mmg tak lah nak berebut rebut kann. tak syok and tak feeling nak mandi. berus gigi and cuci muka sudah cukup. lepas tu pakai lahh perfume sebanyak yg boleh. haha !

aktiviti sepanjang kem berlangsung. dari sekolah pukul 5.30 pm. sampai sana, letak beg terus dgr briefing pasal kem nih. mula-mula mmg bosan. layan kann je laa. dah pergi, nak buat mcm mana. tak kan nak lari balik kott.

part ni yg best. malam tu ada BBQ. lepas BBQ, kami kena tukar uniform lengkap utk jalani proses vigil. pukul 11, vigil ponn bermula. mula-mula takut gila. rasa nak nangis pon ada. mana tak nye, dorang suruh kami duduk sorang sorang dgn memegang sebatang lilin, sebatang pen and sehelai kertas. dlm kertas tu ada soalan personal yg kami kena jawab dgn jujur. cuak wey. macam macam ayat yg aku baca sebelum start tuh. then, bila sampai giliran pengakap SMKSM, semua buat muka cuak dgn mulut terkumat kamit sbb baca doa and beristighfar. kami dibawa ke padang. tunggu arahan utk duduk dekat mana. rupa rupanya semua kena duduk kat padang tuh tapi jauh jauh and tak boleh bercakap. aku kena dekat tengah tengah padang tu haa. ambik kau. tp, act tak menakutkan ponn. best gila. hampir sejam jugak lahh duduk dekat situ. ade yg lilin asyik asyik terpadam. haha. nasib baik aku punya menyala je dari mula sampai habis. haha. syukur. bila habis jawab soalan, mula lahh aku menguap entah berapa kali. so, utk hilangkan rasa ngantok tu, aku main bakar-bakar rumput. lepas tu, gelak sorang sorang. haha.

lepas tu, berkumpul balik dekat tapak perhimpunan. sekolah dorang takde dewan mcm SMKSM. tapak perhimpunan dorang mcm tapak perhimpunan sekolah rendah aku dulu. dekat situ lahh kami semua dgn sah menjadi ahli pengakap and digelar kelana. bukan senang tahu nk jadi kelana nih. proses dye ade adat tersendiri. kena basuh dua belah tangan sebelum and selepas proses tuh. kena bakar kertas lahh. ape tah lg. tp mmg syok and bangga lepas dpt kelana tuh. then, lepas semua dah dpt kelana, kami kena simbah dgn air. mmg syok lahh kan baju basah basah. dah la esok kena pakai baju tu balik. nasib kering.

pukul 2 am, kami masuk kelas utk tidur. aku ponn tak sedar bila aku tertidur lepas borak borak dgn dorang. lepas tu bila bgn pagi, semua mata bengkak bengkak sebab tak cukup tidur. nasib lahh. haha.

esok tu, means tadi, ade pertandingan forum pulak. 3 sekolah yg bertanding. SMKSM, SEMESCO (Sg. Choh) and SMKKKB. wakil SMKSM Siti Aqilah, Anum, Nida and Farid. bila Anum cabut undi, SMKSM first. cuak gila dorang ecspecially Farid. tp, kami tolong tenangkan dorang and bg semangat. Alhamdulillah, masa dorang berforum tuh, semua berjalan dgn lancar. and guess what ? SMKSM jadi Johan ! wuuu ! bangga and tak sangka masa tuh. target kami Naib Johan jee. tiba tiba jd Johan. Alhamdulillah. congrats to Siti, Anum, Nida and Farid. esok naik pentas lah korang. cikgu cikgu mesti bangga ecspecially Pn, Seri. :)

okay, tu je aku nak story utk entry kali nih. just nak kongsi pengalaman. thanks for reading. :)


Thursday, March 15, 2012

story of 3 days

heyyoo, baru balik rumah lepas 3 hari bermalam kat rumah cik suria. okay, orang lain cuti sekolah, pergi holiday dgn family kann. aku tak. aku holiday dgn cikgu and kawan kawan sebab ayah tak cuti. tp memang best bila sekali sekala dpt spent time dgn dorang. :)

12/3 jalan jalan dgn dorang. first, pergi Wangsa Walk. then, pergi AEON Rawang. lepas zohor, dah tak de hala tuju. nak balik, awal sgt pulak. then, cikgu ajak pergi Kuala Selangor. nak pekena Mee Udang. :)

13/ 3 pergi SACC. okay, mula mula excited sangat. bila sampai sana, Masyaallah, boring gila. gila ponn tak boring macam tuh. tp, ape yg best nye aku dapat salam dgn angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Dr. Ezani pulak tak sempat nak salam. never mind. :)

semalam pergi Melaka dgn cik Suria, nisha, wanie and ira. okay, best gila. first, pergi Tanjung Bidara. dah puas, dah snap sana snap sini, gerak pergi Bandar Hilir pulak. jalan jalan, shopping shopping, makan makan, gelak gelak, gosip gosip and so on. then, time maghrib baru gerak balik BK. ehh, bukan BK tp RASA. HEHE :)

then, hari ni baru cikgu hantar balik rumah. masuk bilik je, terpandang homework homework yg tengah menunggu utk disiapkan. haihhh. kena buat jugak nih. cuti tinggal 3 hari je lg. -,-