Thursday, March 29, 2012

no rest time

aduh, masak masak. masak lah kalau macam ni hari hari. minggu ni tiap tiap hari balik lambat. ada je aktiviti. isnin, ada kelas gemilang. mmg confirm lah balik pukul 4 kann. selasa, ada kelas geo. lg sekali balik petang. rabu pulak ade perlawanan bola jaring antara kelab gelanggang dgn padang. aku jd WD. haha. yg sadis nya team gelanggang kalah. mmg padan lah kann. lawan dgn team wakil sekolah derr. mmg mustahil utk menang. tp aku enjoy. puas gelak gelak dgn dorang semua sampai hari ni dtg sekolah batuk batuk and sakit tekak. syok habis. tadi pulak kena jd fasi utk program tahsin solat budak budak petang. okay, budak petang mcm sakai. kurang ajar nye tak payah cakap lah kann. sabar, sabar. esok pulak ada rehearsel utk pelancaran MPP isnin depan. see ? minggu ni mmg pack kann jadual aku. sabtu pulak ada kelas gemilang. ahad ? maybe nak pergi rumah Madam Sab. ada kenduri.

homework banyak yg tergendala. kolokium aku tak siap lg. haihhh, penat penat. tak sabar nak tunggu lower six masuk. biar dorang pulak yg uruskan apa apa aktiviti. upper six just focus dekat study je. okay ?

part ni aku suka. td cikgu ckp bulan Mei ada lawatan ke Perak. mcm biasa, kalau bab bab berjalan ni aku memang excited. even dah pernah pergi masa f1 dulu, tp aku tetap nk pergi jugak. nak rasa pulak pergi dgn kawan kawan f6 and cikgu cikgu f6. Insyaallah.

hey, hey. budak Arau dah kembali jadi budak BK lahh. barulah terasa dye dekat je dgn aku. even sejak dye balik kami tak jumpa lg, tp aku tak kisah sebab aku tahu dye dekat dgn aku. biar dye lepaskan rindu dgn family dye dulu. lg ponn, kita busy lahh minggu ni. takpe, dye dekat sini 2 bulan. nanti nanti boleh jumpa kann. rindu dekat dye. :)