Sunday, March 25, 2012

SMKSM the best

ehem, ehem. now baru ada mood utk kembali mengupdate blog. baru balik kem pengakap kelana dekat SMK Sg. Choh. 2 hari tak mandi. tp tak busuk okay. haha. ada sebab kami tak mandi. sebab sekolah tuh mmg ada problem dgn air. air selalu takde. so, kami tak dapat lah nak mandi. air kena catu. lg pon ramai. tandas yg boleh guna pon 1 je. mmg tak lah nak berebut rebut kann. tak syok and tak feeling nak mandi. berus gigi and cuci muka sudah cukup. lepas tu pakai lahh perfume sebanyak yg boleh. haha !

aktiviti sepanjang kem berlangsung. dari sekolah pukul 5.30 pm. sampai sana, letak beg terus dgr briefing pasal kem nih. mula-mula mmg bosan. layan kann je laa. dah pergi, nak buat mcm mana. tak kan nak lari balik kott.

part ni yg best. malam tu ada BBQ. lepas BBQ, kami kena tukar uniform lengkap utk jalani proses vigil. pukul 11, vigil ponn bermula. mula-mula takut gila. rasa nak nangis pon ada. mana tak nye, dorang suruh kami duduk sorang sorang dgn memegang sebatang lilin, sebatang pen and sehelai kertas. dlm kertas tu ada soalan personal yg kami kena jawab dgn jujur. cuak wey. macam macam ayat yg aku baca sebelum start tuh. then, bila sampai giliran pengakap SMKSM, semua buat muka cuak dgn mulut terkumat kamit sbb baca doa and beristighfar. kami dibawa ke padang. tunggu arahan utk duduk dekat mana. rupa rupanya semua kena duduk kat padang tuh tapi jauh jauh and tak boleh bercakap. aku kena dekat tengah tengah padang tu haa. ambik kau. tp, act tak menakutkan ponn. best gila. hampir sejam jugak lahh duduk dekat situ. ade yg lilin asyik asyik terpadam. haha. nasib baik aku punya menyala je dari mula sampai habis. haha. syukur. bila habis jawab soalan, mula lahh aku menguap entah berapa kali. so, utk hilangkan rasa ngantok tu, aku main bakar-bakar rumput. lepas tu, gelak sorang sorang. haha.

lepas tu, berkumpul balik dekat tapak perhimpunan. sekolah dorang takde dewan mcm SMKSM. tapak perhimpunan dorang mcm tapak perhimpunan sekolah rendah aku dulu. dekat situ lahh kami semua dgn sah menjadi ahli pengakap and digelar kelana. bukan senang tahu nk jadi kelana nih. proses dye ade adat tersendiri. kena basuh dua belah tangan sebelum and selepas proses tuh. kena bakar kertas lahh. ape tah lg. tp mmg syok and bangga lepas dpt kelana tuh. then, lepas semua dah dpt kelana, kami kena simbah dgn air. mmg syok lahh kan baju basah basah. dah la esok kena pakai baju tu balik. nasib kering.

pukul 2 am, kami masuk kelas utk tidur. aku ponn tak sedar bila aku tertidur lepas borak borak dgn dorang. lepas tu bila bgn pagi, semua mata bengkak bengkak sebab tak cukup tidur. nasib lahh. haha.

esok tu, means tadi, ade pertandingan forum pulak. 3 sekolah yg bertanding. SMKSM, SEMESCO (Sg. Choh) and SMKKKB. wakil SMKSM Siti Aqilah, Anum, Nida and Farid. bila Anum cabut undi, SMKSM first. cuak gila dorang ecspecially Farid. tp, kami tolong tenangkan dorang and bg semangat. Alhamdulillah, masa dorang berforum tuh, semua berjalan dgn lancar. and guess what ? SMKSM jadi Johan ! wuuu ! bangga and tak sangka masa tuh. target kami Naib Johan jee. tiba tiba jd Johan. Alhamdulillah. congrats to Siti, Anum, Nida and Farid. esok naik pentas lah korang. cikgu cikgu mesti bangga ecspecially Pn, Seri. :)

okay, tu je aku nak story utk entry kali nih. just nak kongsi pengalaman. thanks for reading. :)


No comments:

Post a Comment